ADVERTISE HERE
KUALA LUMPUR, 13 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melaksanakan kajian semula persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, langkah itu susulan kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung cadangan penambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63), baru-baru ini.
“Penambahan kerusi Parlimen tersebut kelak, turut mengambil kira bahagian pilihan raya Tanah Melayu dengan prinsip bahawa nisbah
perwakilan Sabah dan Sarawak turut ditingkatkan daripada kedudukan
semasa.
“Dalam konteks persempadanan bahagian pilihan raya di ketiga-tiga unit kajian tersebut pula, SPR akan melaksanakan kajian semula persempadan bahagian-bahagian pilihan raya tertakluk kepada pindaan Perlembagaan Persekutuan,” kata kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Ramlan berkata SPR akan memberikan penjelasan lanjut apabila terdapat keputusan rasmi serta perkembangan yang membolehkan perkara tersebut dimaklumkan kepada umum. – TVS

1 hour ago
4








English (US) ·