ADVERTISE HERE
KUCHING, 21 Dis: Pergerakan Wanita Parti Rakyat Sarawak (PRS) hari ini menyampaikan sumbangan kepada Rumah Kebajikan Cheshire Home di Jalan Ong Tiang Swee di sini.
Sumbangan berupa makanan dan keperluan lain itu telah diserahkan Setiausaha Politik Kepada Premier Sarawak Rosaline Neging.
Beliau mewakili Ketua Wanita PRS Dato Sri Doris Brodie.
Sumbangan yang diterima Sister Felis Ogey bertujuan membantu menceriakan 61 penghuni Cheshire Home semasa meraikan sambutan Krismas tidak lama lagi.
Hadir sama Exco Wanita PRS Cr Gawai Enggong, Norma Rantu dan Cr Niput Ahip. — DayakDaily