Warga emas hilang di kebun durian ditemui selamat

52 minutes ago 3
ADVERTISE HERE

SELANGAU, 13 Sept: Seorang lelaki warga emas berusia 78 tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar ke kebun durian berhampiran Jambatan Sungai Duat di sini, semalam ditemui selamat hari ini.

Mangsa, Kaya Umbie dilaporkan keluar dari rumah sekitar jam 8 pagi semalam untuk ke kebun berkenaan, namun tidak pulang sehingga keluarganya membuat laporan polis.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau menerima aduan daripada pihak polis pada jam 8.30 pagi hari ini untuk menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 8.42 pagi dan memulakan operasi seminit kemudian dengan kekuatan lapan anggota menggunakan sebuah jentera FRT Scania.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati mangsa telah ditemui dalam keadaan selamat oleh penduduk rumah panjang sebelum dibawa keluarganya ke Klinik Selangau untuk pemeriksaan kesihatan,” menurut kenyataan tersebut.

Pasukan bomba kemudian ke Klinik Selangau bagi mendapatkan maklumat lanjut dan mengesahkan identiti mangsa sebelum memastikan keadaannya selamat.

Operasi SAR ditamatkan pada jam 9.39 pagi.-TVS

Read Entire Article