1,300 penempatan di pedalaman Sarawak tiada akses jalan

3 weeks ago 8
ADVERTISE HERE
Uggah (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Rafizi pada sesi libat urus RMK13 di Kuching.

Advertisement

KUCHING, 30 Okt: Sarawak memerlukan peruntukan berjumlah RM38.4 bilion bagi membina akses jalan ke lebih 1,300 penempatan di pedalaman.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, ia melibatkan pembinaan jalan baharu dengan panjang keseluruhan 1,292 km

“Jumlah peruntukan ini juga melibatkan kerja menaiktaraf jalan sedia ada sepanjang 4,782 km,” kata Abang Johari.

Advertisement

Beliau berkata demikian di Sesi Libat Urus Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di antara Kerajaan Sarawak dan Menteri Ekonomi Rafizi Ramli di kuching, hari ini.

Teks ucapan Abang Johari dibaca Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah yang mewakili beliau.

Sementara itu tambah Abang Johari, terdapat lebih 86,000 isi rumah belum mendapat bekalan air bersih.

Justeru katanya, Sarawak memerlukan peruntukan berjumlah RM20 bilion untuk mencapai liputan air bersih 100 peratus.

“Manakala dianggarkan lebih 5,500 isi rumah masih belum mendapat bekalan elektrik.

“Sarawak memerlukan peruntukan berjumlah RM1.3 bilion untuk mencapai 100 peratus bekalan elektrik 24 jam di luar bandar,” ujar Abang Johari.

Dalam pada itu, beliau juga berkata, Sarawak memerlukan Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peruntukan bagi membina 1,800 menara telekomunikasi dengan kos RM6.3 billion.

Menurut Abang Johari, ia bagi mencapai liputan internet sepenuhnya di Sarawak. — DayakDaily

Read Entire Article