11 barangan disenarai dalam SHMMP Tahun Baharu Cina bermula 6 Feb

3 months ago 77
ADVERTISE HERE

PAPAR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara bersempena dengan sambutan Tahun Baharu Cina berkuat kuasa 6 hingga 14 Feb ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali (pix) berkata tempoh pelaksanaan SHMMP selama sembilan hari itu melibatkan 11 jenis barangan yang dikawal melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011, dan membolehkan penentuan harga dibuat terhadap peringkat pengeluar, pemborong dan peruncit.

Beliau berkata harga runcit barangan berkenaan ialah udang putih sekilogram sebanyak RM39 di Semenanjung, Sarawak (RM35), manakala Sabah di kawasan Pantai Barat ialah RM33, Pantai Timur (RM30) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan RM36.

“Barangan lain termasuk ikan bawal putih berat antara 200 gram (g) hingga 400 g seekor di Semenanjung dijual pada harga RM42, Sarawak (RM40), Sabah (RM30) dan Labuan (RM35),” katanya pada sidang media di Dewan Terbuka SJK (C) Cheng Hwa di sini hari ini.

Armizan berkata babi hidup di peringkat ladang berharga RM17 sekilogram untuk Semenanjung, Sarawak (RM15), di Pantai Barat Sabah (RM18), Pantai Timur (RM18.50) dan Labuan (RM18), manakala daging babi (perut) di Semenanjung berharga RM38, Sarawak (RM28), Sabah (RM39) dan Labuan (RM40).

Daging babi (daging dan lemak) di Semenanjung dan Sarawak masing-masing berharga RM27 sekilogram, Sabah dan Labuan (RM33), kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) harga di Semenanjung ialah RM3.50 sekilogram, Sarawak RM3 kecuali di Limbang dan Lawas ditetapkan RM4.50, Sabah dan Labuan masing-masing RM3.50.

Ubi kentang import (China) di Semenanjung dijual dengan harga RM3.50, Sarawak (RM4) kecuali di Limbang dan Lawas (RM4.50), di Sabah bahagian Pantai Barat (RM4) dan Pantai Timur (RM4.50) sementara Labuan (RM4).

Bawang putih (China) di Semenanjung, Sarawak, Sabah dan Labuan dijual pada harga sama iaitu RM11, halia import Semenanjung dan Sarawak RM11.50, Sabah Pantai Barat (RM12.50), Pantai Timur dan Labuan (RM13).

Barangan kawalan lain seperti lobak putih import Semenanjung dan Sarawak RM5 kecuali di Limbang dan Lawas (RM6), Pantai Barat Sabah (RM5), Pantai Timur Sabah dan Labuan masing-masing berharga RM5.50, lobak merah di Semenanjung (RM4.50), Sarawak (RM5) kecuali Limbang dan Lawas (RM6), Pantai Barat Sabah (RM5), Pantai Timur (RM7) dan Labuan (RM5).

Armizan berkata tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana peniaga yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim ini melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011. -Bernama

Read Entire Article