132 peserta sertai Program Kesedaran Hidupan Liar di SK Telaga Air

7 hours ago 15
ADVERTISE HERE

KUCHING, 1 Okt: Seramai 132 peserta terdiri daripada murid dan guru menyertai Program Kesedaran Hidupan Liar di Sekolah Kebangsaan (SK) Telaga Air baru-baru ini.

Program anjuran Pejabat Wilayah Kuching itu bertujuan memupuk kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan liar, khususnya Orang Belanda yang menjadi antara spesies ikonik Sarawak.

Menurut kenyataan SFC, program turut memberi pendedahan mengenai habitat utama Orang Belanda di kawasan hutan bakau Taman Negara Kuching Wetland yang diiktiraf sebagai tapak RAMSAR.

“Selain itu, Pertubuhan Warisan Bakau Sarawak (SABAKAU) turut berkongsi pengetahuan mengenai kepentingan pemeliharaan ekosistem hutan bakau dari aspek ekonomi dan ekologi.

“Ceramah mengenai Orang Belanda dan fungsi Taman Negara Kuching Wetland disampaikan Warden Taman Negara Kuching Wetland, Mohd. Firdaus Suieb, termasuk peranan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) dalam melindungi hidupan liar,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, wakil SABAKAU, Abdul Razak Abdullah, turut mengetuai bacaan ikrar peliharaan hutan bakau yang disertai semua peserta.

Bagi menguji pemahaman murid, beberapa aktiviti interaktif turut diadakan termasuk sesi soal jawab, kuiz berinformasi dan pertandingan mewarna bertemakan Orang Belanda.-TVS

Read Entire Article