Empat kawasan catat IPU tidak sihat setakat 5 petang

1 hour ago 6
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Johan Setia dan Klang di Selangor merupakan antara empat kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 5 petang ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johan Setia merekodkan bacaan IPU 154 dan Klang (139).

Dua lagi kawasan yang mencatatkan bacaan IPU tidak sihat ialah Nilai, Negeri Sembilan (130) dan Putrajaya (122).

Sementara itu, sebanyak 57 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana antaranya Shah Alam dan Banting, Selangor yang masing-masing mencatatkan IPU 98 dan 97 serta Cheras (95).

Tujuh kawasan berada pada tahap baik iaitu Kangar, Perlis dengan bacaan IPU 49 dan beberapa kawasan di Sarawak iaitu ILP Miri dan Miri, Sarawak masing-masing (47), Mukah (46), Sibu (44), Limbang (35) serta Kota Kinabalu, Sabah (45).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. -TVS

Read Entire Article