355 acara disokong kementerian sepanjang tahun lalu – Abdul Karim

1 hour ago 7
ADVERTISE HERE

SIBU, 20 Sept: Sebanyak 355 acara di seluruh Sarawak mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak serta Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak sepanjang tahun lalu.

Menterinya, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah itu menunjukkan skala sokongan kementerian terhadap pelbagai acara di negeri ini yang merangkumi sukan, kebudayaan dan muzik, dengan hampir setiap hari terdapat program berlangsung di lokasi berbeza

“Kita mempunyai 365 hari dalam setahun. Tahun lalu, kita menyokong 355 acara di seluruh Sarawak. Secara praktikal, hampir setiap hari ada acara di suatu tempat di Sarawak yang mendapat sokongan kementerian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Hadiah 23rd Sibu Amateur Open Golf Championship 2026 di Kelab Golf Sibu, hari ini.

Menurut Abdul Karim, sokongan terhadap pelbagai acara tidak hanya tertumpu kepada aktiviti sukan, sebaliknya turut merangkumi bidang kebudayaan dan muzik.

Beliau berkata, penganjuran acara juga memberi kesan kepada sektor lain apabila kehadiran peserta dan pengunjung dari luar kawasan merancakkan permintaan terhadap hotel, makanan serta perkhidmatan pengangkutan.

“Apabila pemain golf datang untuk acara ini dan mereka dari luar Sibu, mereka perlu menginap di hotel, makan di sesuatu tempat dan menggunakan pengangkutan.

“Begitu juga dengan acara lain yang dianjurkan di bahagian lain Sarawak. Banyak industri mendapat manfaat daripada limpahan acara sama ada kebudayaan, muzik atau sukan,” tambahnya.

Jelasnya, pendekatan itu antara sebab kementerian berani menyokong penganjuran acara berskala besar di Sarawak kerana manfaatnya turut dirasai oleh pelbagai sektor.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga terus menyokong penganjuran acara besar termasuk Sukan SEA 2027 dan Sukan Solidariti Islam 2029 (Islamic Solidarity Games) yang akan berlangsung di Sarawak.

Katanya, penganjuran acara berskala besar memberi peluang kepada Sarawak untuk menarik lebih ramai pengunjung selain merancakkan aktiviti ekonomi setempat.

Justeru, konsep sama turut terpakai kepada kejohanan golf yang dianjurkan di Sibu kerana kehadiran peserta dari luar kawasan memberi limpahan kepada sektor perhotelan, makanan dan pengangkutan.-TVS

Read Entire Article