Sagah (tiga dari kiri) pada sidang media di Kuching.

Advertisement

KUCHING, 9 Julai: Sarawak meletakan sasaran untuk melahirkan 40 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi menjelang 2030.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (MEITD) Dato Sri Roland Sagah berkata, Sarawak mempunyai lebih kurang enam tahun untuk mencapai sasaran ideal negara yang ditetapkan di dalam PCDS 2030.

Katanya, sasaran ideal negara ialah untuk melahirkan 60 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Advertisement

“Namun bagi Sarawak, secara realistiknya, kita yakin akan dapat melahirkan 30 peratus atau 40 peratus tenaga kerja berkemahiran tinggi ini,” kata Sagah.

Beliau berkata demikian pada sidang media Persidangan Antarabangsa Teknologi Lestari Lanjutan (ASTECH) 2024 di sini, hari ini.

Tambah Sagah, tenaga kerja mahir ini termasuklah mereka yang bukan sahaja mempunyai kemahiran TVET, tetapi juga selain sains tulen.

“Justeru kita memperkenalkan pelbagai program untuk menarik minat para pelajar ini,” ujarnya

ASTECH 2024 menghimpunkan para cendikiawan, pelajar serta pemain industri yang terlibat dalam bidang pendidikan, teknologi serta inovasi terbaharu. — DayakDaily