ADVERTISE HERE
LONG LAMA, 19 Sept: Seramai 471 calon dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Telang Usan berjaya memperoleh lesen memandu kelas B2 menerusi Program Bantuan Lesen Memandu Kelas B2 Tahun 2026.
Majlis penyerahan lesen berlangsung di Dewan SJK(C) Kee Tee Long Lama, hari ini dan disempurnakan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah.
Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Dato’ Dennis Ngau dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak, Norizan Jili.
Menurut JPJ Sarawak, kesemua peserta berjaya mendapatkan lesen selepas melepasi tapisan serta mengikuti ujian teori dan praktikal yang ditetapkan.
Program anjuran DUN Telang Usan itu dilaksanakan menerusi kerjasama Pusat Khidmat Telang Usan, JPJ Sarawak dan Institut Memandu Batu Niah Sarawak.
“Inisiatif berkenaan membantu masyarakat mendapatkan lesen memandu secara sah selain meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan keselamatan jalan raya.
“JPJ Sarawak turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan pelaksanaan program berjalan lancar dan mencapai matlamat ditetapkan,” kata kenyataan itu.
Para peserta diingatkan supaya menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh dengan sebaiknya, selain sentiasa mematuhi undang-undang serta mengutamakan keselamatan ketika berada di jalan raya.-TVS

53 minutes ago
4








English (US) ·