6 lelaki ditahan bantu siasatan kes pergaduhan di Kota Sentosa

4 hours ago 9
ADVERTISE HERE

KUCHING, 22 Sept: Enam lelaki ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes pergaduhan di sebuah kedai makan di kawasan Pasar Kota Sentosa pada 18 September lalu.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, kesemua suspek ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menerusi Op Cantas.

Menurutnya, lima lelaki warga Indonesia ditahan kira-kira jam 3 petang kelmarin di sekitar kawasan Kota Sentosa.

“Seorang lagi suspek iaitu lelaki berusia 26 tahun ditahan kira-kira jam 5.30 petang semalam.

“Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata atau cara yang berbahaya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua suspek akan dirujuk ke Mahkamah Kuching hari ini bagi permohonan reman untuk melengkapkan siasatan.

Polis IPD Padawan turut merakamkan penghargaan kepada orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membantu pihaknya mengesan dan menahan kesemua suspek.

Masyarakat juga dialu-alukan untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi membantu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara.-TVS

Read Entire Article