Ahmad Faridi: APMM perlu perkasa aset, jaga pertahanan perairan negara

9 months ago 120
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) perlu memperkasakan aset, kapasiti sumber manusia dan latihan kemahiran demi mempertahan perairan negara.

Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah APMM Laksamana Pertama Maritim Ahmad Faridi Ferdaus berkata walaupun tidak mencukupi namun aset sedia ada masih boleh dioptimumkan penggunaannya.

Beliau berkata APMM yakin kerajaan tetap komited dalam melengkapkan aset laut dan udara agensi itu.

“Alhamdullilah pada Januari tahun ini, APMM telah menerima sebuah kapal peronda luar pesisir pertama (OPV1) yang akan dilancar dan dinamakan pada awal Mac ini di Sarawak,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program ‘Apa Khabar Malaysia’ anjuran Bernama TV di sini hari ini.

Pada 3 Jan lepas, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Ruji Ubi berkata OPV1 itu mampu bertindak sebagai kapal induk bagi memperkuat kesiapsiagaan APMM dalam menjaga perairan negara.

Ruji berkata kapal itu, yang dibina menggunakan reka bentuk Damen 1800 berukuran 83 meter panjang dan lebar 13.7 meter, berkeupayaan melakukan operasi di laut dalam jangka panjang iaitu 21 hari tanpa ulang bekal. -Bernama

Read Entire Article