AIM25: Awal Ashaari teruja kembali ke Sarawak

11 hours ago 11
ADVERTISE HERE

KUCHING, 25 Sept: Keterujaan kembali ke Sarawak menjadi antara perkongsian pengacara terkenal, Awal Ashaari menjelang tugasnya mengendalikan Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25), esok.

Menerusi perkongsian di Threads, Awal meluahkan rasa gembira dapat kembali ke Kuching bersama pasangannya, Scha Al-Yahya bagi mengacarakan acara berprestij industri muzik tanah air itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Recording Industry Malaysia (RIM) dan TVS atas peluang yang diberikan untuk menjayakan AIM25.

Hantaran berkenaan juga menyaksikan Awal menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Sarawak atas sambutan dan layanan mesra sepanjang keberadaannya di negeri ini.

“Seronok dapat balik ke Kuching dengan orang rumah untuk mengacarakan AIM25 esok,” katanya.

AIM25 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) dengan siaran langsung bermula pukul 9 malam pada menerusi TVS di saluran 122 dan aplikasi Inspire. -TVS

Read Entire Article