AIM25 perkasa pengalaman TVS kendali acara mega

54 minutes ago 6
ADVERTISE HERE

KUCHING, 25 Sept: Penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) memperkasa pengalaman TV Sarawak (TVS) dalam mengendalikan acara hiburan berskala besar.

Ketua Pegawai Eksekutif TVS, Kushairi Abang berkata, penganjuran AIM25 yang menghimpunkan lebih 100 artis menjadi pengalaman penting bagi warga TVS dalam menguruskan acara hiburan berskala besar.

“Ia akan menjadi acara yang menarik kerana kami akan membawa lebih daripada 100 artis yang akan datang ke sini dan kemudian, kebanyakan anugerah akan dipersembahkan di sini.

“Kita juga akan mempunyai buat pertama kalinya, Anugerah Borneo yang akan memberikan penghargaan kepada artis-artis ataupun pemuzik tempatan dari Sabah dan Sarawak,” katanya kepada TVS selepas meninjau persiapan akhir Anugerah Industri Muzik di sini, hari ini.

Menurut Kushairi, pengalaman mengendalikan AIM25 turut memberi peluang kepada warga TVS mempelajari aspek pengurusan acara hiburan berskala besar.

Tambah beliau, pengalaman berkenaan penting sebagai persediaan kepada TVS untuk mengendalikan program yang lebih besar pada masa akan datang.

“Alhamdulillah, sebenarnya kami berjaya melakukannya dan ia merupakan sesi latihan untuk TVS mengendalikan acara-acara sebegini. Dari segi hiburan, ini yang kita kira sebagai acara terbesar pernah TVS adakan.

“Insya-Allah, semoga kakitangan dan penggiat seni Sarawak khususnya kakitangan TVS dapat menimba ilmu daripada acara sebegini supaya boleh mengadakan lagi acara yang lebih besar,” katanya lagi.

TaTambah Kushairi, pengalaman menerusi AIM25 akan menjadi antara asas kepada TVS untuk meneroka penganjuran acara yang lebih besar pada masa akan datang, termasuk Sukan SEA dan OIC Games 2029. – TVS

Read Entire Article