Akademi penerbangan latih belia, petani Sarawak kendali dron pertanian

53 minutes ago 2
ADVERTISE HERE

BINTULU, 28 Sept: Kerajaan Sarawak bakal memperluas penggunaan teknologi dron dalam sektor pertanian menerusi latihan kepada golongan muda dan petani melalui Akademi Penerbangan.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, penguasaan teknologi dron penting dalam memodenkan pengurusan pertanian serta mengurangkan kebergantungan kepada tenaga manusia.

Menurut beliau, golongan muda dan petani perlu diberi pendedahan mengenai pengendalian dron supaya teknologi tersebut dapat dimanfaatkan dalam pelbagai aktiviti pertanian.

“Kita sekarang ada apa namanya Academy Flying dan ia akan mengajarkan anak-anak kita termasuk petani bagaimana menguruskan drone kerana drone menggunakan pilot.

“Dan sudah tentu kita akan ajak anak-anak kita menggunakan drone selain lebar drone, mesin yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian Sarawak Agrofest 2026 di Lapangan Terbang Lama Bintulu, di sini, hari ini.

Tambah Abang Johari, penggunaan teknologi seperti dron, mesin dan robotik merupakan sebahagian daripada pendekatan baharu untuk meningkatkan produktiviti serta mengurangkan penggunaan tenaga manusia dalam sektor pertanian.

Katanya, penerapan teknologi perlu disokong dengan ilmu dan kepakaran supaya sektor pertanian dapat berkembang sebagai industri komersial bernilai tinggi.

Menurutnya, penggunaan teknologi turut membolehkan hasil pertanian diurus dengan lebih cekap, sekali gus meningkatkan pendapatan pengusaha dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri. – TVS

Read Entire Article