ADVERTISE HERE
BINTULU, 21 Sept: Aktiviti sukan seperti kejohanan pickleball mampu mengeratkan hubungan serta membina kepercayaan antara jabatan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan sektor swasta.
Pemangku Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Pentadbiran), Richard Lon berkata, kerjasama dan komunikasi antara semua sektor amat penting dalam menghadapi cabaran yang semakin kompleks.
“Walaupun mungkin ada antara kita yang mengalami keletihan atau lenguh selepas beraksi, itu semua merupakan pengalaman yang mengeratkan hubungan kita. Ia bukan tentang kemenangan, tetapi mengenai hubungan yang terjalin.
“Di atas gelanggang, kita dapat bergelak ketawa, mengetepikan sedikit protokol rasmi dan membina kepercayaan sesama kita.
“Apabila kita kembali ke meja mesyuarat, urusan kerja, perbincangan dan penyelesaian masalah antara jabatan serta sektor akan menjadi lebih mudah dan harmoni,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Amanat Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Sarawak di sebuah hotel di sini, malam tadi.
Menurutnya, aktiviti sebegitu memberi peluang kepada peserta daripada pelbagai jabatan dan sektor untuk berinteraksi dalam suasana lebih santai, sekali gus membina hubungan yang lebih erat.
Beliau yakin hubungan yang terjalin di luar pejabat dapat membantu mewujudkan komunikasi dan kerjasama lebih baik apabila kembali melaksanakan tugas masing-masing. -TVS

1 day ago
11








English (US) ·