Angka korban feri karam di Indonesia meningkat kepada 64 orang

16 hours ago 7
ADVERTISE HERE

JAKARTA, 26 Sept: Angka korban tragedi feri karam di Laut Jawa, Indonesia, hampir dua minggu lalu meningkat kepada 64 orang, manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa yang masih hilang diteruskan.

Feri Virgo Transport 8 dilaporkan membawa 213 penumpang dan 30 kru sebelum hilang hubungan dengan syarikat perkapalannya selepas bertolak dari Surabaya, Jawa Timur, menuju Banjarmasin, Kalimantan.

Pegawai Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (Basarnas), Yudhi Bramantyo, berkata daripada keseluruhan 243 individu yang berada di atas feri itu, 172 sudah dipindahkan, termasuk 108 yang terselamat.

“Seramai 64 orang disahkan meninggal dunia, manakala 71 lagi masih dalam operasi pencarian,” katanya pada sidang media hari ini.

Menurutnya, pasukan penyelamat menemukan empat lagi mayat dari dalam feri yang tenggelam, manakala tujuh mayat lain ditemukan di sepanjang kawasan pantai.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat akan dilanjutkan tujuh hari lagi, namun penilaian akan dibuat setiap tiga hari berdasarkan perkembangan semasa.

Di Indonesia, operasi mencari dan menyelamat lazimnya dilaksanakan selama tujuh hari dan boleh dilanjutkan sekiranya terdapat kemungkinan mangsa masih boleh ditemukan.

Kemalangan membabitkan pengangkutan laut kerap berlaku di Indonesia yang mempunyai lebih 17,000 pulau dan sangat bergantung kepada pengangkutan air bagi menghubungkan kawasan penduduk serta menyokong sektor pelancongan.

Antara faktor yang sering dikaitkan dengan kemalangan berkenaan ialah tahap keselamatan yang tidak memadai dan keadaan cuaca yang sukar dijangka.

Read Entire Article