Beratur seawal 3 pagi demi tiket pembukaan Sukma 2024 Sabtu ini

3 months ago 47
ADVERTISE HERE
Nur Farahin (dua dari kiri) dan Tini (tiga kiri) bersama yang lain gembira setelah berjaya mendapat tiket.

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 13 Ogos: Tujuh sepupu sanggup beratur seawal 3 pagi untuk mendapatkan tiket masuk ke majlis pembukaan Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 pada Sabtu ini.

Mereka di antara kelompok barisan paling depan yang berjaya mendapatkan tiket sebaik sahaja kaunter di buka jam 9.30 pagi ini.

Advertisement

Tini yang berasal dari Kampung Tupong di Petra Jaya berkata, beliau tidak tidur semalaman kerana perlu ke Stadium Sarawak seawal 3 pagi untuk beratur.

“Awal pagi kita dah beratur kerana tidak mahu terlepas tiket masuk seperti kelmarin.

“Nasib tidak hujan, setelah lebih enam jam di sini, akhirnya kita dapat empat tiket masuk.

“Sesungguhnya kita semua berasa sangat gembira dan teruja menanti pembukaan Sukma 2024 pada Sabtu ini,” kata Tini.

Manakala sepupu beliau, Nur Farahin yang berasal dari Kampung Telaga Air berkata, acara pembukaan Sukma di Kuching seharusnya tidak dilepaskan kerana ia satu peluang yang jarang hadir.

Orang ramai berbaris panjang supaya tidak terlepas peluang menonton acara pembukaan Sukma 2024.

“Lama dah Sarawak tidak menjadi penganjur Sukma, kali terakhir di sini (2016) waktu itu saya masih kecil.

“Saya yakin acara pembukaan nanti adalah yang terhebat,” kata Nur Farahin.

Dalam pada itu, Tini dan Nur Farahin memaklumkan akan membawa ahli-ahli keluarga yang lain untuk menyaksikan acara pembukaan.

Tinjauan sebentar tadi mendapati orang ramai yang datang dari sekitar Kuching, Samarahan, Serian, Dan Betong telah beratur panjang lebih kurang 3 kilometer.

Rata-rata sangat teruja untuk menonton acara pembukaan di stadium.

Rakan-rakan dari Betong yang berbaris seawal 5 pagi.

Sebanyak 7,500 tiket telah diedarkan pada semalam manakala sebanyak 7,500 tiket lagi diedarkan hari ini.

Tiket dihadkan dihadkan atas faktor kapasiti dalam Stadium Sarawak.

Tempat duduk bukan sahaja dikhasnya untuk pengunjung tetapi juga pihak lain yang terlibat dalam acara tersebut.

Dengan jumlah tempat duduk kira-kira 40,000 sahaja, selain sebahagiannya digunakan untuk kawasan pentas. — DayakDaily

Read Entire Article