Betong Kitchen ketengahkan cita rasa tempatan

50 minutes ago 5
ADVERTISE HERE

BETONG, 25 Sept: Aroma masakan tradisional dan kepelbagaian cita rasa tempatan menjadikan Betong Kitchen antara tarikan utama yang mencuri perhatian pengunjung sempena program Sarawakku Sayang.

Berlangsung di Kompleks Sukan Betong dari 25 hingga 27 September, Betong Kitchen turut menjadi platform mengetengahkan kekayaan gastronomi serta produk makanan tempatan.

Ia sekali gus membuka ruang kepada pengusaha tempatan memperkenalkan hasil mereka kepada pengunjung dari dalam dan luar Betong.

Kehadiran pengunjung yang menikmati pelbagai juadah di Betong Kitchen mencerminkan potensi besar produk makanan tempatan sebagai sebahagian daripada tarikan pelancongan berasaskan komuniti.

Selain menikmati makanan, pengunjung turut berpeluang merasai sendiri suasana serta keramahan masyarakat Betong yang menjadi antara kekuatan utama program Sarawakku Sayang.

Dengan kepelbagaian sajian tempatan dan penglibatan aktif usahawan setempat, Betong Kitchen dijangka terus menjadi salah satu lokasi tumpuan sepanjang berlangsungnya program Sarawakku Sayang.

Betong Kitchen dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Layar Datuk Gerald Rentap Jabu. – TVS

Read Entire Article