Lencongan Jalan Tun Salahuddin berubah mulai 28 September ini

47 minutes ago 3
ADVERTISE HERE

KUCHING, 25 Sept: Pengguna jalan raya di Jalan Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin dinasihatkan supaya mengambil perhatian terhadap perubahan lencongan jalan sementara yang akan berkuat kuasa mulai 28 September ini.

Menurut notis pemberitahuan Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah (LCDA), perubahan lencongan itu akan dilaksanakan dari 28 September 2026 hingga 21 Januari 2027 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan di kawasan berkenaan.

Tempoh kontrak pembinaan projek berkenaan adalah dari 15 Julai 2024 hingga 21 Januari 2027.

Sehubungan itu, pengguna jalan raya diminta memandu dengan berhati-hati serta mematuhi semua arahan pengurusan trafik sepanjang tempoh pembinaan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.

Pengguna turut dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal sekiranya perlu melalui kawasan berkenaan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Pihak kontraktor akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan berkaitan tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja-kerja pembinaan.

Sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan aliran trafik boleh disalurkan kepada LCDA menerusi talian 082-235944 atau portal rasmi LCDA. – TVS

Read Entire Article