Bonnie Bunyau Gustin Raih Pingat Emas Kedua Buat Negara Di Sukan Paralimpik Paris 2024

2 months ago 15
ADVERTISE HERE

Bonnie turut memecahkan rekod dunia dengan angkatan 232kg yang dilakukannya pada cubaan ketiga.

Cover image via REUTERS

Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas kedua di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengungguli aksi di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi

Menerusi laporan Berita Harian, Bonnie beraksi dalam kategori 72 kilogram (kg) lelaki, apa yang lebih mengagumkan adalah kemenangan turut Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 232kg yang dilakukannya pada cubaan ketiga.

Turun sebagai pilihan utama dan juara bertahan dari Tokyo 2020, atlet kelahiran Sarawak itu tampak tidak bermasalah mempertahankan emas miliknya selepas melakukan angkatan 221kg pada cubaan pertama.

Lebih menarik, angkatan Bonnie yang juga pemegang rekod dunia sebelum ini dengan 231kg jelas jauh daripada pencabarnya yang lain ketika itu.

Pecahkan rekod dunia dengan angkatan 232kg yang dilakukannya pada cubaan ketiga

Meskipun cubaan keduanya pada berat 226kg tidak berjaya, Bonnie mengerahkan segala keringat untuk mencipta kejutan pada angkatan terakhirnya.

Atlet China, Hu Peng meraih pingat perak dengan angkatan 214kg dengan atlet Itali, Donato Telesca gangsa dengan angkatan 213kg.

Untuk rekod, Malaysia meraih pingat emas pertama di Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Isnin lalu.

Lebih menarik, kejayaan Liek Hou turut berlangsung di gelanggang sama.

 Hu Peng, Bonnie (tengah) dan Donato Telesca bergambar kenangan selepas penyampaian pingat.

Dari kiri: Hu Peng, Bonnie (tengah) dan Donato Telesca bergambar kenangan selepas penyampaian pingat.

Image via REUTERS

Tonton video penuh di bawah:

You may be interested in:

Read Entire Article