Cubaan curi transformer SEB di Bau, kerugian RM30,000

1 day ago 9
ADVERTISE HERE

BAU, 21 Sept: Polis sedang menyiasat cubaan mencuri transformer milik Sarawak Energy Berhad (SEB) di kawasan Menara SACOFA, Tembawang, Jalan Bau-Lundu.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A.Rahman berkata, kes dilaporkan pada kira-kira jam 1.38 tengah hari semalam dan disiasat mengikut Seksyen 379/511 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 7 malam, 19 September selepas pihak SEB menerima makluman daripada SACOFA berhubung gangguan bekalan elektrik di lokasi berkenaan.

“Pemeriksaan mendapati berlaku cubaan mencuri transformer yang berada berhampiran menara berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bahagian transformer bushing didapati pecah, dipercayai akibat ditarik menggunakan tali, menyebabkan kerosakan dianggarkan bernilai RM30,000.

“Semakan awal rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati sebuah kenderaan sedan berwarna kelabu memasuki kawasan itu sekitar jam 5.58 petang.

“Seorang lelaki turut dilihat berada di luar kawasan pagar dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian berkenaan,” ujarnya.

Katanya, setakat ini, tiada tangkapan dibuat dan polis masih menjalankan siasatan termasuk mendapatkan rakaman CCTV daripada pihak SACOFA bagi membantu mengenal pasti serta mengesan suspek.-TVS

Read Entire Article