Aug 19, 2024 @ 18:40

Notis pemberitahuan JKR.

Advertisement

KUCHING, 19 Ogos: Jalan akses ke Kampung Asajaya Ulu akan ditutup pada 20 Ogos hingga 4 Februari 2025.

Jabatan Kerja Raya (JKR) menerusi satu notis pemberitahuan memaklumkan,
ia bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembinaan pintu air pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (DID) Samarahan.

Justeru, pengguna jalan raya dinasihat agar berhati-hati semasa melalui lencongan di tapak kerja dan mematuhi papan tanda. — DayakDaily

Advertisement

Advertisement