ADVERTISE HERE
KUALA LUMPUR, 30 Sept: Keadaan jerebu di seluruh negara bertambah baik apabila hanya 12 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 3 petang ini, berbanding 29 kawasan pada 10 pagi tadi.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 162, diikuti Nilai, Negeri Sembilan (161), Klang dan Indera Mahkota, Kuantan masing-masing 158.
Putrajaya dan Petaling Jaya, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 156, diikuti Kota Tinggi, Johor (156) dan Banting, Selangor (151).
Sementara itu, Batu Pahat, Johor merekodkan bacaan 122, diikuti Kota Bharu, Kelantan (118), Tanjung Malim, Perak (107) dan Kluang, Johor (102).
Selain itu, sebanyak 29 kawasan merekodkan bacaan IPU pada tahap sederhana, dengan Kemaman, Terengganu mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 100, diikuti Bukit Rambai, Melaka (98), Seri Manjung, Perak dan Kuala Selangor, Selangor masing-masing 97 serta Port Dickson, Negeri Sembilan (97).
Antara kawasan lain ialah Rompin, Pahang (92), Tangkak, Johor (91), Langkawi dan Segamat masing-masing 90, Jerantut, Pahang (87), Alor Gajah, Melaka (86), Sungai Petani, Kedah (81), Alor Setar, Kedah (80), Tanah Merah, Kelantan (78), Kangar, Perlis (76), Balik Pulau, Pulau Pinang (74), Temerloh, Pahang (73), Taiping, Perak (70) dan Pegoh Ipoh (67).
Di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan, bacaan sederhana direkodkan di Tawau (73), Sri Aman (70), Bintulu (67), Samarahan (66), Labuan (63), Sandakan (59), Kimanis (54), Kota Kinabalu (53), Sarikei (53) dan Kapit (52).
Perkembangan itu menunjukkan penurunan ketara jumlah kawasan yang merekodkan IPU tidak sihat dalam tempoh lima jam, selepas 29 kawasan mencatatkan bacaan pada tahap berkenaan setakat 10 pagi tadi.
Pada 10 pagi, beberapa kawasan merekodkan bacaan lebih tinggi, antaranya Johan Setia, Selangor (175), Cheras (172), Shah Alam (170), Nilai (170) dan Batu Muda, Kuala Lumpur (166).
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala 51 hingga 100 menunjukkan kualiti udara sederhana, sifar hingga 50 baik, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. -TVS

4 hours ago
3








English (US) ·