JPJ Sarawak dekati masyarakat melalui kaunter bergerak di Regatta Niah

9 hours ago 2
ADVERTISE HERE

NIAH, 28 Sept: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi Unit Kaunter Bergerak JPJ Miri menyertai Regatta @ Niah Peringkat Daerah Subis 2026 sebagai pempamer bagi mendekatkan perkhidmatan jabatan kepada masyarakat setempat.

Program yang berlangsung dari 25 September hingga semalam di Waterfront, Sepupok Niah itu turut memberi peluang kepada orang ramai mendapatkan maklumat berkaitan perkhidmatan serta inisiatif yang disediakan JPJ.

Menurut kenyataan JPJ Sarawak, penyertaan Unit Kaunter Bergerak JPJ Miri membolehkan masyarakat setempat mendapatkan maklumat dan perkhidmatan berkaitan JPJ dengan lebih mudah tanpa perlu berkunjung jauh ke pejabat JPJ.

“Penglibatan itu juga menjadi sebahagian usaha JPJ Sarawak memperluaskan penyampaian perkhidmatan menerusi pendekatan yang lebih mudah, mesra dan dekat dengan rakyat.

“JPJ Sarawak turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak penganjur atas jemputan serta kerjasama dalam menjayakan program berkenaan,” kata kenyataan itu.

JPJ Sarawak akan terus melaksanakan pendekatan berasaskan komuniti bagi memastikan maklumat dan perkhidmatan jabatan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada masyarakat.-TVS

Read Entire Article