ADVERTISE HERE
KUCHING, 19 Sept: Seramai 46 peserta menyertai Pertandingan Memancing anjuran komuniti KRT Kampung Muara Tebas yang berlangsung hari ini.
Program berkenaan turut diserikan dengan pertandingan karaoke sebagai aktiviti rekreasi dan kemasyarakatan yang menghimpunkan penduduk setempat.
Majlis pelepasan pertandingan pagi tadi dihadiri Pengarah Kanan Jabatan Perikanan Laut Sarawak (JPLS), Abdul Rahman Abdul Wahab.
Kehadiran beliau mencerminkan hubungan dan kerjasama berterusan antara JPLS dengan komuniti setempat, khususnya dalam menyokong aktiviti berkaitan perikanan dan rekreasi.
Abdul Rahman berkata JPLS akan terus mempererat kerjasama dengan komuniti menerusi pelaksanaan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat kepada masyarakat.
“Usaha itu turut menyokong pembangunan sektor perikanan dan aktiviti rekreasi di Sarawak,” ujarnya. -TVS

2 hours ago
3








English (US) ·