Miri FA tewaskan Sarikei FA 2-1 dalam aksi Liga Premier Sarawak

48 minutes ago 3
ADVERTISE HERE

MIRI, 19 Sept: Pasukan Miri FA meraih dua mata selepas menewaskan Sarikei FA 2-1 dalam aksi Liga Premier Sarawak (SPL) 2026 di Stadium Terbuka Miri, di sini, petang tadi.

Jurulatih Pendidik Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Pengiran Bala berkata, SPL menjadi platform penting untuk mengenal pasti bakat-bakat baharu, khususnya pemain muda yang berpotensi diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Menurutnya, kejohanan itu turut memberi ruang kepada pemain untuk mendapatkan pendedahan kompetitif selepas sekian lama kurangnya pertandingan di peringkat tersebut.

“Liga SPL memang baik untuk kita mendapatkan pemain-pemain yang berbakat sebab selama ini sudah lama tiada kejohanan.

“Jadi, SPL ini adalah satu pertandingan di mana kita boleh melihat bakat-bakat pemain muda yang satu hari nanti akan terpilih untuk mewakili pasukan negeri ataupun Kuching,” katanya ketika ditemui TVS, di sini, hari ini.

Mengulas prestasi Miri FA, kemenangan 3-1 ke atas Kapit FA pada perlawanan terdahulu menunjukkan beberapa pemain muda pasukan itu mempunyai potensi untuk terus berkembang.

Katanya, Miri FA perlu mengekalkan momentum berkenaan selain memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri untuk meraih mata maksimum.

“Liga SPL terakhir, Miri menang melawan Kapit dan kita boleh melihat ada beberapa pemain muda yang berpotensi dan kita harap pada petang ini mereka akan menjaga momentum itu.

Kalau mereka boleh dapat maksimum mata, itu yang terbaik sebab kita mahu kelebihan bermain di laman sendiri,” katanya lagi. – TVS

Read Entire Article