ADVERTISE HERE
KANGAR, 19 Sept: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang mendapatkan pandangan golongan muda menerusi siri Jelajah Belanjawan Belia MADANI di enam lokasi bagi mengenal pasti keperluan mereka untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2027 bulan depan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Mordi Bimal berkata, siri jelajah itu kini berbaki tiga lokasi membabitkan Sabah, Sarawak dan Melaka.
Menurutnya, antara isu yang dibangkitkan golongan belia sepanjang tiga siri jelajah yang telah dilaksanakan termasuk pekerjaan, ekonomi, kepimpinan belia dan fasiliti sukan.
“Perkara ini mungkin kedengaran biasa, tetapi itulah antara keperluan yang dibangkitkan rakyat dan kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara berkenaan,” katanya pada Program Townhall Bersama Timbalan Menteri Belia dan Sukan sempena Program Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Perlis 2026 di Dewan 2020, di sini, hari ini.
Mordi berkata, siri jelajah berkenaan dilaksanakan mengikut zon bagi mendapatkan maklum balas secara langsung daripada golongan belia mengenai keperluan mereka untuk dibawa ke peringkat perancangan Belanjawan 2027.
September lalu, KBS dilaporkan mengemukakan rangka awal cadangan Belanjawan 2027 kepada Kementerian Kewangan, dengan pembangunan sukan akar umbi, penglibatan belia serta kebajikan atlet antara keutamaan yang diberi perhatian.
Sementara itu, mengulas engenai isu kesihatan mental dalam kalangan belia, Mordi berkata KBS turut menyediakan pelbagai program menerusi inisiatif Rakan Muda bagi menggalakkan golongan berkenaan mengamalkan gaya hidup sihat.
“Banyak faktor yang menyumbang kepada masalah kesihatan mental. Di KBS sendiri, melalui 10 Gaya Rakan Hidup di bawah Rakan Muda, kita mempunyai pelbagai program untuk membantu menangani isu ini.
“Bukan secara langsung, tetapi kita menyediakan program yang menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan belia serta memberi peluang dan ruang untuk mereka bergiat secara aktif dalam aktiviti harian supaya mereka tidak tertekan,” katanya. – TVS

49 minutes ago
3








English (US) ·