ADVERTISE HERE
KUCHING, 3 Julai: Kajian keberadaan sumber mineral memerlukan peruntukan kewangan yang besar daripada Kerajaan Persekutuan, kata Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
“Peruntukan kewangan juga diperlukan bagi melengkapkan pemetaan geologi Sarawak,” katanya.
Awang Tengah berkata demikian semasa menghadiri Majlis Mesyuarat Mineral Negara ke-3 di Bangunan Parlimen di Kuala Lumpur pada semalam.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Antara isu yang dibincangkan adalah kerangka Dasar Mineral Negara Ke-3 yang disediakan oleh Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Alam Sekitar Malaysia.
Ia adalah sebagai penambahbaikan kepada Dasar Mineral Negara Ke-2 yg telah diperkenalkan sejak dari tahun 2009.
“Kerajaan Sarawak akan mengkaji dan menyesuaikan dasar berkenaan dengan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca Covid 2030,” ujar Awang Tengah.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut adalah Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Saferi Ali. — DayakDaily