"Kaki Menggigil Lepas Panjat Tower " - Lelaki Kongsi Momen 'Tersangkut' Hampir 30 Minit

4 months ago 51
ADVERTISE HERE

Cover image via @wanonlyknowwork (TikTok)

Zaman sekarang nak cari kerja memang susah dan memerlukan usaha

Hal ini kerana kita perlu bersaing dengan ramai lagi graduan ditambah pula dengan pekerja yang berpengalaman di luar sana.

Namun, kita juga haruslah meniliti dengan betul jenis pekerjaan yang bakal dilakukan. Takut memakan diri pula nanti.

Tular sebuah video di TikTok apabila seorang individu berkongsi rasa gayatnya ketika sedang melakukan kerja.

Menggigil kena panjat tower

Menerusi video tersebut, individu berkenaan ketika itu sedang memanjat sebuah tower untuk melakukan kerja.

Difahamkan, dia perlu melakukan kerja-kerja di bahagian tower berkenaan. Namun, selepas memanjat, kakinya menggigil kerana gayat dan terpaksa menunggu hampir 30 minit.

"Sumpah takut, tower ni apa yang tinggi sangat ni. Aku tak sign up untuk kerja macam ni," ujarnya.

Malah, dia sempat mengatakan kerja ini dilakukan demi untuk mengumpul duit kahwin. Dia juga berkongsi pemandangan ketika berada di situ.

Lihat video itu di bawah:

@wanonlyknowwork

Sangkut jugak la dekat 30 minit di tempat sama hampir terkencing nak naik takleh nak turun takleh Alhamdulillah masih hidup ‍↕ Lokasi : Sarawak

original sound - Wan

Siapa je tak gayat bila macam ni.

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in:

Read Entire Article