ADVERTISE HERE
KUCHING, 13 Sept: Sebuah rumah di Lot 2798, Lorong Diplomatik Line 1 di sini, terbakar kira-kira 80 peratus dalam kejadian malam tadi.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dalam kejadian sekitar jam 9.47 malam itu, rumah berstruktur kekal berkeluasan kira-kira 20 x 40 kaki persegi terbakar, manakala sebuah rumah bersebelahan turut terjejas akibat bahang api dengan anggaran kerosakan lima peratus.
“Seramai tiga penghuni rumah berkenaan dilaporkan selamat dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya tiba di lokasi pada jam 9.55 malam dan menjalankan operasi pemadaman secara ofensif,” kata kenyataan itu.
Operasi dikawal pada jam 10.15 malam sebelum ditamatkan sepenuhnya pada jam 11.07 malam selepas keadaan disahkan selamat dan tiada risiko api kembali marak.
Seramai lapan anggota dengan sebuah jentera FRT terlibat dalam operasi diketuai PBK I Pandi Seh. -TVS

1 hour ago
4








English (US) ·