ADVERTISE HERE
KUCHING, 25 Sept: Kemalangan berantai membabitkan empat kenderaan di RH Plaza, Jalan Lapangan Terbang, Kuching, hari ini dilaporkan dua individu mengalami kecederaan ringan.
Kemalangan kira-kira jam 3 petang itu melibatkan sebuah Toyota Hilux, Ford Ranger, van dan Honda.
Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kedua-dua mangsa masih mampu berjalan ketika pasukan bomba tiba di lokasi.
“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya mendapati tiada mangsa yang terperangkap di dalam kenderaan seperti dilaporkan sebelum ini.
“Pasukan bomba kemudian menjalankan kerja pembersihan tumpahan minyak di atas permukaan jalan bagi memastikan laluan selamat,” kata kenyataan itu.
Kerja pembersihan menggunakan satu aliran bantu mula daripada satu nozel air yang disambungkan kepada tangki jentera.
Operasi turut dibantu dua pegawai peronda PDRM dan empat anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Selepas keadaan di lokasi didapati terkawal dan selamat, operasi ditamatkan pada jam 3.43 petang.-TVS

8 hours ago
7








English (US) ·