ADVERTISE HERE
KUCHING, 13 Sept: Kuching Lights & Floral Festival (KLFF) dan Luna Lights Wonderland akan dibuka semula kepada orang awam mulai hari ini.
Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), pembukaan semula itu susulan keadaan jerebu di Bandaraya Kuching yang menunjukkan penurunan berbanding tempoh dua minggu lalu.
“Orang awam kini boleh kembali menikmati kemeriahan kedua-dua festival berkenaan, namun dinasihatkan supaya sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga.
“Pengunjung digalakkan memakai pelitup muka serta membawa bekalan air minuman yang mencukupi sepanjang berada di kawasan festival,” kata kenyataan itu.
Orang awam turut dinasihatkan memantau bacaan kualiti udara dan mendapatkan maklumat terkini sebelum berkunjung bagi memastikan keselamatan serta keselesaan sepanjang berada di lokasi.-TVS

1 hour ago
4








English (US) ·