ADVERTISE HERE
KUCHING, 1 Okt: Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PPRPD) Briged Sarawak PGA mengadakan kunjungan hormat ke atas Komander Briged Sarawak PGA, SAC Datuk Lim Bak Phai hari ini.
Menurut kenyataan Briged Sarawak PGA, kunjungan itu menjadi platform bagi menyampaikan perkembangan serta perancangan semasa persatuan, selain membincangkan kerjasama antara PPRPD dengan pihak pengurusan Briged Sarawak PGA.
“Dalam kunjungan tersebut, PPRPD turut menyampaikan taklimat hasil lawatan ke pos-pos hadapan yang dilaksanakan dari 9 hingga 17 September lalu.
“Selain itu, pihak persatuan memaklumkan persiapan Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) PPRPD bagi sesi 2026/2027, termasuk perancangan dan hala tuju persatuan bagi sesi berkenaan,” kata kenyataan itu.
PPRPD turut memaklumkan program dan aktiviti persatuan yang bermula 30 September dan diteruskan pada 1 Oktober sebagai usaha memupuk semangat kekitaan, kebersamaan serta menjaga kebajikan warga PPRPD.
Kunjungan tersebut turut menjadi ruang untuk bertukar pandangan dan menyampaikan perkembangan semasa persatuan kepada pihak pengurusan Briged Sarawak PGA.
Ia mencerminkan komitmen PPRPD dalam memastikan hubungan serta kerjasama dengan pihak pengurusan Briged Sarawak PGA terus terjalin demi manfaat warga kerja pasukan.-TVS

7 hours ago
9








English (US) ·