ADVERTISE HERE
KUCHING, 1 Okt: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat daripada Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohd Zainal Abdullah, dalam satu kunjungan perpisahan di Kompleks Satria Pertiwi, hari ini.
Kunjungan berkenaan turut disertai Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Khalid Ismail sebagai sebahagian daripada pertemuan bagi mengeratkan hubungan serta kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Kerajaan Sarawak.
Datuk Mohd Zainal akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Pesuruhjaya Polis Sarawak selepas menerajui kontinjen PDRM Sarawak dalam tempoh satu tahun lima hari sebelum bertukar ke Bukit Aman.
Sepanjang perkhidmatannya di Sarawak, beliau turut memainkan peranan dalam memastikan aspek keselamatan dan ketenteraman awam negeri terus berada pada tahap yang baik. – TVS

2 hours ago
5








English (US) ·