ADVERTISE HERE
KULAI, 27 Sept: Sebanyak 101.66 juta panggilan penipuan berjaya disekat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi dari Februari hingga Ogos lalu.
Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, kejayaan itu dicapai menerusi pelaksanaan inisiatif Inter Operator Spoofing Gateway sejak awal tahun ini.
Menurutnya, inisiatif berkenaan dilaksanakan bagi membendung kegiatan sindiket penipuan yang menggunakan teknologi untuk menyamar sebagai pihak tempatan ketika menghubungi mangsa.
“Sindiket penipuan yang beroperasi di luar negara menggunakan taktik Caller ID Spoofing bagi memaparkan nombor telefon seolah-olah datang daripada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi tempatan.
“Jumlah keseluruhan panggilan spoof yang disekat sebanyak 101.66 juta ini membuktikan bahawa inisiatif ini sangat berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Tonton Wayang Bersama Ahli Parlimen Kulai, di sini, hari ini.
Sementara itu, Nie Ching berkata, SKMM dijadual mengadakan mesyuarat secara dalam talian bersama pihak Meta esok bagi membincangkan aduan orang ramai berkaitan akaun WhatsApp yang disekat.
Katanya, mesyuarat itu bertujuan mendapatkan penjelasan terperinci berhubung masalah berkenaan.
Sebelum ini, SKMM dilaporkan sedang meneliti aduan orang ramai mengenai akaun WhatsApp yang didakwa digodam, disekat atau tidak lagi dapat diakses. – TVS.

10 hours ago
8








English (US) ·