Lelaki cedera parah ditembak di Sibu

4 hours ago 4
ADVERTISE HERE

SIBU: Seorang lelaki berusia 40-an cedera parah dipercayai akibat ditembak dalam satu kejadian petang hari ini pada kejadian pada petang tadi, kira-kira 45 meter daripada sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina di Jalan Wong King Huo 21, di sini.

Menurut maklumat yang tular di laman sosial, kejadian disedari orang ramai apabila terdengar bunyi seperti tayar meletup di kawasan terbabit dan kemudiannya mendapati seorang lelaki terbaring di rumput di bahu jalan.

Turut tular ialah gambar sebuah kenderaan pacuan empat roda yang mempunyai kesan tembakan pada cermin hadapan bahagian pemandu dan mangsa dikatakan telah dihantar ke sebuah hospital swasta untuk menerima rawatan.

Ketua Polis Sibu ACP Zulkipli Suhaili dalam satu kenyataan ringkas mengesahkan kejadian.

“Kita terima maklumat kira-kira 2.20 petang dan masih lagi menjalankan siasatan.

“Mangsa masih menerima rawatan di hospital,” katanya.

Read Entire Article