Malaysia mahu bincang dengan Brunei supaya iktiraf cukai jalan digital

1 year ago 81
ADVERTISE HERE

Putrajaya mahu berbincang dengan kerajaan Brunei supaya cukai jalan digital diiktiraf berikutan aduan kenderaan tidak dibenarkan masuk.

Perbincangan terperinci dengan kerajaan Brunei akan diadakan supaya mereka mengiktiraf cukai jalan Malaysia, kata menteri. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Putrajaya mahu berbincang dengan kerajaan Brunei supaya pihak berkuasa negara itu mengiktiraf cukai jalan digital yang digunakan sejak Februari.

Ia berikutan aduan tentang kenderaan dari Miri yang ingin merentasi sempadan Brunei tidak dibenarkan masuk selepas menunjukkan cukai jalan digital, kerana pihak berkuasa negara itu mahu lihat bentuk fizikal.

“Perbincangan terperinci akan diadakan dengan kerajaan Brunei mengenai isu itu supaya mereka mengiktiraf cukai jalan digital Malaysia,” kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook, menurut Berita Harian.

Pengenalan cukai jalan digital katanya memudahkan semua pengguna jalan raya kerana hanya perlu dimuat turun melalui aplikasi mudah alih Jabatan Pengangkutan Jalan.

Ia sebahagian daripada inisiatif pendigitalan perkhidmatan kerajaan, tambahnya.

Pada Februari, Menteri Pengangkutan Sarawak, Lee Kim Shin dilapor berkata pendekatan digital tidak diamalkan di Brunei dan Indonesia, yang masih mengekalkan tatacara “biasa” apabila memasuki negara berkenaan, iaitu cukai jalan fizikal perlu dipamerkan pada kenderaan dan membawa lesen memandu fizikal.

Menurut laporan Utusan Borneo, Lee berkata pihaknya akan membawa isu ini ke mesyuarat Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur, Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA).

Tags

BruneiCukai JalandigitalJPJLoke Siew FookMenteri Pengangkutan

Related news

Read Entire Article