Mohd Chee pastikan pembinaan Masjid Baharu Kabong berjalan lancar

6 hours ago 7
ADVERTISE HERE

KABONG, 1 Okt: Projek pembinaan Masjid Baharu Kabong terus diberi perhatian bagi memastikan pelaksanaannya berjalan lancar dan mengikut jadual yang ditetapkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Dato Mohd Chee Kadir hari ini menghadiri Mesyuarat Tapak Bil. 12 (Bil. 5/2026) bagi projek berkenaan yang berlangsung di Pejabat Daerah Kabong.

Mesyuarat itu menjadi platform penyelarasan antara pihak berkaitan bagi membincangkan perkembangan semasa serta perkara teknikal berhubung pelaksanaan projek.

Turut hadir wakil Majlis Islam Sarawak (MIS), Jabatan Agama Islam Bahagian Betong, Pejabat Daerah Kabong, pihak perunding serta kontraktor projek.

Antara perkara diberi perhatian termasuk kemajuan kerja, penyelarasan teknikal dan pelaksanaan projek bagi memastikan setiap komponen pembinaan berjalan dengan teratur.

Mohd Chee berharap projek berkenaan dapat dilaksanakan mengikut jadual, selain mematuhi spesifikasi, standard kualiti dan keperluan yang ditetapkan.

“Kerjasama antara agensi pelaksana, perunding dan kontraktor penting supaya sebarang isu berbangkit dapat diselesaikan segera tanpa menjejaskan kelancaran projek.

“Masjid Baharu Kabong dijangka menjadi kemudahan penting kepada masyarakat Islam setempat serta memenuhi keperluan penduduk Kabong pada masa akan datang,” ujarnya.-TVS

Read Entire Article