Anggota Bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Advertisement

Oleh DayakDaily Team

KUCHING, 10 Julai: Seorang pemandu lori berusia 54 tahun cedera parah setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Sibukang di Limbang hari ini.

Dalam satu laporan, Balai Bomba Dan Penyelamat Limbang memaklumkan bahawa lori yang dipandu oleh mangsa didapati terbalik.

Advertisement

Mangsa tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan masih dalam keadaan sedar.

Pasukan Bomba bertindak membuat regangan di bahagian hadapan lori dengan menggunakan peralatan RTA untuk membuat laluan bagi kerja-kerja mengeluarkan mangsa.

Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan dan rawatan. — DayakDaily