Wee (lima kiri) merakamkan kenangan bersama para pemenang.

KUCHING, 19 Nov: Pertandingan Rekaan Poster bertemakan ‘What Are Child Right – In Respect of Children’ s View’ beri peluang kepada kanak-kanak menyuarakan kemahuan dan impian.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, adalah penting untuk mendengar dan menghormati kemahuan kanak-kanak di setiap perkara yang melibatkan mereka.

“Pertandingan ini adalah gambar jelas kepada kemahuan kanak-kanak, memberi peluang kepada mereka meluahkan perasaan masing-masing menerusi seni,” katanya di majlis penyampaian hadiah yang diadakan di Lobi MBKS hari ini.

Menurut Wee lagi, hasil seni yang di hasilkan oleh peserta pertandingan adalah sangat unik, di luar imaginasi para ibu bapa.

Justeru katanya, ia juga gambaran jelas kepada pentingnya menghargai pendapat seseorang.

“Kepada pemenang, poster yang anda hasilkan bukan sekadar simbol kepada bakat sedia ada, malah ia adalah satu pesanan yang kukuh kepada dunia,” ujar Wee. — DayakDaily