Pusat hiburan hidang ‘tarian seksi’ penari lelaki warga asing diserbu

49 minutes ago 5
ADVERTISE HERE

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Sebuah pusat hiburan yang mempersembahan tarian oleh penari lelaki warga asing di Jalan Klang Lama diserbu oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) awal pagi semalam.

Dalam operası itu, empat lelaki warga asing terdiri tiga warga China dan seorang Filipina berusia antara 21 hingga 31 tahun ditahan.

“Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama sebulan, pasukan operasi telah diatur
gerak ke lokasi pusat hiburan dan berjaya menahan tiga lelaki China dan
satu lelaki warganegara Filipina.

“Semakan awal mendapati kesemua mereka tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini,” menurut kenyataan JIM hari ini.

Operasi pukul 12.05 tengah malam itu dilaksanakan Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK).

Menurut JIM, pusat hiburan berkenaan menawarkan hiburan dan persembahan tarian oleh warga asing melibatkan golongan ‘sejenis’, dengan menyasarkan pelanggan tempatan serta warga asing di sekitar Lembah Klang.

Bayaran dikenakan antara RM53 hingga RM700 bergantung kepada minuman dan tempahan meja, manakala premis itu dipercayai telah beroperasi sejak tahun lalu.

Kesemua warga asing terbabit ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 sebelum dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, tiga lelaki warga tempatan diberikan notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

“JIM menegaskan pihaknya akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan dalam melaksanakan penguatkuasaan bagi membanteras aktiviti yang melanggar undang-undang negara,” ujarnya. – TVS

Read Entire Article