Rumah dua tingkat terbakar di Sibu

43 minutes ago 4
ADVERTISE HERE

SIBU, 27 Sept: Sebuah rumah dua tingkat jenis semi-D di Lorong Gelama 4A di sini, terbakar dalam kejadian tengah hari semalam.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah menerima panggilan pada jam 12.11 tengah hari sebelum tiba di lokasi kira-kira enam minit kemudian.

“Kebakaran melibatkan bahagian tingkat atas rumah berkenaan yang dianggarkan musnah keseluruhan, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi pemadaman dijalankan secara ofensif dari bahagian hadapan dan belakang rumah menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki, dua nozzle serta satu aliran saluran bantu mula,” kata kenyataan itu.

Kebakaran turut menjejaskan rumah bersebelahan dengan bahagian bumbungnya terbakar, manakala kira-kira 25 peratus struktur rumah semi-D berkenaan terjejas.

Bahagian tingkat bawah rumah utama pula mengalami kerosakan akibat air susulan operasi pemadaman.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.03 tengah hari dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 2.10 petang selepas pemeriksaan serta pemantauan dijalankan bagi memastikan tiada lagi punca kebakaran atau kemerebakan api.

Operasi melibatkan 11 anggota bersama sebuah jentera FRT, EMRS dan Hilux, selain dibantu PDRM serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).-TVS

Read Entire Article