Rakyat Sarawak cerminan wajah sebenar negeri

46 minutes ago 1
ADVERTISE HERE

KUCHING, 22 Sept: Setiap rakyat Sarawak menjadi cerminan wajah sebenar negeri ini dalam memperkenalkan kejayaan, budaya dan identiti Sarawak kepada masyarakat luar.

Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Dato Fazzrudin Abdul Rahman berkata, peranan berkenaan penting bagi memastikan gambaran mengenai pembangunan serta kehidupan masyarakat Sarawak dapat disampaikan dengan tepat.

Menurutnya, mereka bukan sahaja pemimpin komuniti, malah menjadi penghubung yang membawa gambaran sebenar mengenai pembangunan serta kehidupan masyarakat Sarawak kepada orang luar.

“Setiap rakyat Sarawak merupakan wakil kepada negeri ini. Ketua masyarakat yang menghadiri kursus atau seminar di luar Sarawak berperanan sebagai penyampai maklumat yang berkongsi kejayaan, budaya serta cara hidup masyarakat kita,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program Penerangan dan Penjelasan Isu-Isu Semasa ‘Pencapaian Inisiatif Kerajaan Sarawak’ di Pustaka Negeri Sarawak, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Fazzrudin menegaskan bahawa tanggungjawab tersebut turut melibatkan pelajar, pekerja sektor swasta dan penjawat awam dalam memastikan maklumat berkaitan Sarawak dapat disampaikan secara tepat.

“Setiap rakyat Sarawak, sama ada pelajar, pekerja di sektor swasta, penjawat awam mahupun pemimpin masyarakat, perlu memainkan peranan untuk menerangkan kepada masyarakat luar mengenai keadaan sebenar Sarawak,” ujarnya. – TVS

Read Entire Article