ADVERTISE HERE
KUCHING, 27 Sept: Remaja lelaki berusia 17 tahun, Qayyum Mustaqim Abdullah yang dilaporkan hilang di Batu Kawa, telah kembali ke pangkuan keluarganya dalam keadaan selamat awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Barry William berkata, remaja itu kembali ke rumah kira-kira jam 2 pagi, hari ini.
Menurutnya, kehilangan remaja berkenaan dilaporkan menerusi repot Batu Kawa sebelum hebahan mengenainya dibuat di media sosial semalam.
“Pihak Polis Daerah Padawan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membantu membuat hebahan bagi mengesan remaja berkenaan.
“Qayyum Mustaqim kini telah kembali ke rumah dan berada dalam keadaan selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Polis turut menghargai kerjasama orang awam yang membantu menyebarkan maklumat kehilangan remaja terbabit sehingga dia berjaya ditemui dan kembali ke pangkuan keluarga. -TVS

9 hours ago
5








English (US) ·