Rumah panjang Long Jekitan musnah dalam kebakaran

1 hour ago 3
ADVERTISE HERE

MARUDI, 19 Sept: Sebuah rumah panjang sepuluh pintu di Kampung Long Jekitan, Ulu Baram, dilaporkan musnah sepenuhnya dalam kebakaran hari ini.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu melalui Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Marudi pada jam 2.50 petang.

Kebakaran dipercayai melibatkan keseluruhan struktur rumah panjang berkenaan.

“Menurut maklumat awal, kebakaran membabitkan keseluruhan struktur rumah panjang berkenaan dan dianggarkan musnah keseluruhan,” menurut kenyataan itu.

BBP Marudi turut memaklumkan kejadian kepada Balai Polis Marudi untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, jarak lokasi yang jauh serta akses melalui jalan balak menyebabkan perjalanan ke kawasan kejadian dianggarkan mengambil masa sehingga lapan jam.

Hasil perbincangan, pasukan operasi BBP Marudi akan bergerak ke lokasi kejadian esok bagi mendapatkan maklumat lanjut dan menjalankan tindakan berkaitan.

Operasi diketuai PBK I Nassir Razali dengan kekuatan lima anggota menggunakan sebuah jentera CFRT.

Maklumat lanjut termasuk keadaan mangsa, punca kebakaran dan jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan. -TVS

Read Entire Article