ADVERTISE HERE
KUCHING, 1 Okt: Sambutan Hari Lahir Ke-80 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar, bakal berlangsung selama empat hari bermula 8 hingga 11 Oktober ini.
Menteri Utiliti dan Komunikasi Sarawak merangkap Menteri Bertanggungjawab Sambutan, Dato Sri Julaihi Narawi berkata, persiapan kini berada di peringkat akhir selepas mesyuarat terakhir jawatankuasa sambutan diadakan.
Menurut beliau, rangkaian acara akan dimulakan pada 8 Oktober menerusi Majlis Kesyukuran di Masjid Jamek Kuching pada waktu Maghrib dan Isyak yang dijangka dihadiri sekitar 5,000 jemaah.
“Sebenarnya majlis kesyukuran kesyukuran melibatkan dua.
“Satu ialah di Masjid Jamek dan satu lagi ialah majlis kesyukuran yang dikendalikan oleh pihak UNIFOR,” katanya ketika sidang media selepas mesyuarat tersebut di Kuching pada Khamis.
Tambah beliau, Majlis Kesyukuran Agama-Agama Lain akan diadakan pada 9 Oktober di Kompleks UNIFOR bermula jam 8 malam.
Ujarnya, kemuncak sambutan berlangsung pada 10 Oktober menerusi Istiadat Perbarisan dan Rapat Raksasa yang bermula jam 8 pagi di Padang Merdeka.
Acara kemudiannya diteruskan dengan Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Sarawak bertempat di Dewan Istiadat Astana Negeri Sarawak.
Pada sebelah malam, Majlis Jamuan Negeri akan diadakan di Dewan Santapan, Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak.
Sementara itu, orang ramai bakal disajikan dengan Konsert Rakyat pada 10 Oktober bermula jam 8 malam di Padang Merdeka.
Konsert berkenaan menampilkan artis ternama termasuk Datuk Awie dan Aina Abdul, selain barisan artis tempatan.
Sambutan empat hari berkenaan bakal diakhiri dengan Jamuan Teh di Hotel Pullman pada 11 Oktober. – TVS

4 hours ago
12








English (US) ·