SKS Betong sasar 120,000 pengunjung

49 minutes ago 6
ADVERTISE HERE

BETONG, 25 Sept: Lebih 120,000 pengunjung disasarkan menghadiri Program Sarawakku Sayang (SKS) Betong sepanjang penganjurannya bermulan 25 sehingga 27 September ini.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu berkata, sambutan pada hari pertama program itu menunjukkan kehadiran pengunjung mula memberangsangkan.

“Hari ini merupakan hari pertama Program Sarawakku Sayang di Betong dan kita sudah melihat kedatangan orang ramai.

“Kita mengharapkan lebih 120,000 orang akan mengunjungi SKS di Betong,” katanya ketika ditemui pada program SKS Betong hari ini.

Menurut Gerald, kemuncak program dijadual berlangsung pada Sabtu dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi menyempurnakan perasmian SKS Betong.

Dalam pada itu, beliau berkata, SKS menjadi platform penting yang menghimpunkan pelbagai perkhidmatan kerajaan di satu lokasi bagi memudahkan rakyat mendapatkan maklumat serta berurusan secara langsung dengan agensi berkaitan.

Katanya, pendekatan itu turut membolehkan sebarang permasalahan atau aduan rakyat disalurkan kepada pihak berkaitan untuk tindakan lebih pantas.

“Di sini kita melihat kebanyakannya melibatkan perkhidmatan kerajaan supaya rakyat mengetahui apa yang kita ada dan pada masa sama kita dapat menyantuni mereka.

“Ia penting sebagai satu pusat sehenti. Kita dapat terus memberi maklumat dan sekiranya ada aduan, tindakan dapat diambil dengan lebih cepat,” ujarnya.

Tambahnya, aspek pendigitalan turut diberi perhatian susulan penggunaan pelbagai aplikasi dan perkhidmatan digital kerajaan termasuk Sarawak ID.

Program SKS Betong menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan bagi mendekatkan perkhidmatan serta penyampaian maklumat kepada masyarakat setempat. – TVS

Read Entire Article