SKS Mukah perkasa pendekatan kerajaan turun padang

2 hours ago 7
ADVERTISE HERE

MUKAH, 1 Okt: Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Mukah yang bermula esok hingga 4 Oktober ini menjadi platform memudahkan akses masyarakat terhadap pelbagai perkhidmatan kerajaan menerusi pendekatan turun padang.

Residen Bahagian Mukah, Bujang Rahman Seli berkata, pendekatan berkenaan memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan perkhidmatan kerajaan yang sukar diperoleh dalam keadaan biasa.

“Kita amat yakin program kerajaan turun padang ini turut menjanjikan satu perkara yang amat baik kepada rakyat Bahagian Mukah terutamanya dari segi perkhidmatan yang disediakan.

“Perkhidmatan yang disediakan oleh kerajaan ini sememangnya sukar diperoleh apabila berada dalam keadaan yang normal (hari biasa),” katanya ketika ditemui TVS selepas temu bual eksklusif bersama TVS di sini hari ini.

Menurut beliau, pendekatan turun padang itu turut penting bagi memastikan sebarang kesulitan dan isu yang dihadapi masyarakat dapat ditangani dengan sewajarnya.

Katanya, antara perkara yang diberi perhatian termasuk isu berkaitan pendidikan yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat berdepan dengan permasalahan berkenaan.

“Perkara-perkara ini akan memastikan semua kesulitan dan isu-isu yang berkaitan dengan masyarakat dapat diselesaikan secara cepat dan tepat pada masanya,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau menyeru warga Mukah termasuk penduduk dari kawasan berdekatan seperti Bintulu, Selangau dan Sibu untuk hadir memeriahkan SKS Mukah yang akan berlangsung di Dataran Pehin Setia Raja Mukah.

Read Entire Article