Pasukan Kriket T20 Sarawak.

Advertisement

Oleh Chris Bishop

KUCHING, 19 Ogos: Sarawak akur dengan pingat perak acara kriket lelaki T20 Sukan Malaysia (Sukma) 2024 setelah tumpas kepada Kelantan di Padang Kriket & Ragbi di Petra Jaya hari ini.

Pasukan Kelantan menang dengan catatan sepuluh wiket dengan catatan 105/10 larian berbanding Sarawak yang mencatat 80/7.

Advertisement

Sementara itu, Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah menyifatkan kejayaan ke akhir sebagai satu sejarah baharu dalam sukan kriket Negeri.

Katanya, ia adalah kali pertama Sarawak ke perlawanan akhir.

“Lebih lebih lagi Sarawak bakal menjadi tuan rumah kepada Piala Dunia Wanita Kriket T20 Bawah 19 Tahun pada tahun hadapan.

“Kejayaan ke perlawananan akhir adalah satu sejarah bagi Sarawak dalam sukan kriket ini,” katanya ketika ditemui.

Pingat gangsa Kriket Lelaki T20 Sukan Sukma 2024 milik Selangor. — DayakDaily